Elvy Sukaesih

Elvy Sukaesih (lahir 25 Jun 1951 di Jakarta, Indonesia) adalah salah satu penyanyi dangdut ternama, dan mendapat jolokan "Ratu Dangdut" dari masyarakat Indonesia. Kerjayanya bermula naik pada awal tahun 1970-an ketika menjadi penyanyi pendamping kepada Rhoma Irama di Orkes Melayu Soneta, walaupun sebelumnya dia telah popular pada panggung-panggung persembahan. Setelah berpisah dari Soneta pada tahun 1975, dia menjadi penyanyi solo dan tetap wujud dalam dunia muzik dangdut. Elvy juga mempunyai banyak penggemar di negara-negara Asia lainnya seperti Jepun, dan sampai sekarang dianggap sebagai salah satu penyanyi dangdut dengan kualiti suara terbaik.[1]Elvy Sukaesih lahir dari pasangan orang tua yang berasal dari Sumedang, Jawa Barat. Elvy menikah pada usia muda (19 tahun) dengan pemuda keturunan Arab, Zaidun Zeth. Dia sudah mulai menyanyi sejak kelas tiga sekolah dasar.

Elvy Sukaesih

Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Nama lahir Elvy Sukaesih
Genre Dangdut